Tuesday, August 9, 2011

Review : The Rise of The Planet of The Apes


Assalamualaikum wbt..


Siapa-siapa sudah layan cerita The Rise of The Planet of The Apes..?? Angkat tangan!!!! (sedang mengangkat tangan~). Aku yakin rata-rata kamu terhibur kan. Filem ini aku tonton semalam. Show jam 9:35pm tapi startnya dekat-dekat jam 10:00pm juga (zzzzz..).

Filem ini mengisahkan seorang saintis iaitu Will Rodman yang bekerja di GEN-SYS dalam usaha untuk mencari penawar bagi penyakit Alzheimer dengan menguji retrovirus secara genetik ke atas mawas (atau chimpanzi). Virus itu bermutasi dan memberi kesan terhadap mawas dengan memberi mereka tahap intelektual seperti manusia. 

Dipendekkan cerita, saintis ini membesarkan seekor mawas bernama Ceasar yang mewarisi gen genius ibunya, Bright Eyes. Konflik dalaman berlaku pada Ceasar kerana dia keliru akan identiti dirinya samada mawas ataupun manusia. Akhirnya Ceasar merekrut sekumpulan mawas kurungan dengan menjadikan mereka bijak sepertinya.
Ceasar

Sepanjang aku menonton cerita ini, aku sedih apabila babak2 manusia menangkap mawas di permulaan cerita. huhuhu..plus bila Ceasar melindungi ayah saintis tu & bila Ceasar di dera di kurungan..adehh, hampir menitis airmata..(emo lebih)..Tapi semua tu di redeem bila part2 lucu, macam Ceasar ambil cookies & menutup bekas cookies itu, bila mawas muka lebar (mcm Maurice namanya) sign language & mengatakan mawas bodoh kepada Ceasar, & scene bila Ceasar cakap "No...!!" yang membuat gorilla bernama Buck taken aback dan sangat2 terkejut (rasanya muka semua audiens pun ala2 muka Buck juga) cukup membuat audiens di pawagam tergelak habis.
Maurice

Overall, if ada sequel filem ini, for sure aku akan tonton lagi.. "Ceasar is home~"


"Ceasar is home.."




Monday, August 8, 2011

Apa itu DoMo?

Assalamualaikum wbt..



Apakah itu DoMo..?? Kenapa aku suka DoMo..?? OK, satu persatu aku ceritakan, ya..

1- Apakah itu DoMo?

DoMo ini adalah makhluk aneh yang berasal dari sebiji telur misteri (so, DoMo ni kategori haiwan laa kan..). Makanan kegemaran DoMo ialah stew daging ala Jepun dan DoMo sangat tidak gemar buah epal (hal ini masih menjadi misteri kenapa DoMo bencikan epal).

DoMo hanya bertutur satu patah perkataan sahaja, iaitu "DoMo", akan tetapi rakan-rakan beliau tidak mempunyai masalah dalam memahami DoMo. DoMo mempunyai ramai rakan-rakan termasuklah seekor arnab, seekor rubah, kelawar, seekor beruang dan musang.

DoMo ini merupakan maskot bagi NHK Television, dan DoMo mempunyai slot rancangannya sendiri. DoMo juga telah menawan hati ramai melalui barangan seperti T-shirt, beg, plush toys, games, dsb. DoMo mempunyai negara atau kerajaan yang dinamakan DoMoNation.





2- Kenapa aku suka DoMo??

Ahahaha..hal ini mudah, bagiku DoMo ni comel dan cute (bukan samakah meaning??).. walaupun ada yang mengatakan DoMo ni nampak ganazzz (maybe sebab giginya) tapi bagiku DoMo tetap cute!!

Oh ya, aku juga sedang berusaha mengumpul koleksi DoMo dan niat murni itu disokong oleh family & friends..Antara koleksi aku ialah:
   a) Patung DoMo saiz besar
   b) Dompet DoMo berzip
   c) Keychain plush DoMo kecil -->2 unit
   d) Handphone strap DoMo besar







Antara barangan DoMo yang aku ingin jadikan koleksi pula adalah T-shirt DoMo, bekas tisu DoMo, keychain besi DoMo, beg DoMo, seatbelt DoMo dan banyak lagi...(tamaknya..). Sekarang barangan DoMo mudah didapati kan. Di Sabah ini, pergi ke shopping complex saja sana sini DoMo..

Panjang pula entri kali ini..OK, selamat ber-DoMo!

Aku-Suka-DoMo






Entri Pertama~



Assalamualaikum wbt..


Hi, there!! Aloha~ Setelah beberapa halangan aka konflik dalam diri, aku menegarkan diri untuk mula berjinak-jinak di dalam dunia blogging ni..Oh ya, sebelum terlupa, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA ya! >.<

Aku bukan apa, tujuan ingin blogging ni adalah untuk melakarkan kenangan yang berlaku di sekeliling aku..Pardon me for penggunaan 'aku'..biasalah, orang Sabah, penggunaan 'aku' sudah sebati dalam diri..

So, wish me luck ya dalam menegarkan diri melaporkan setiap kejadian dari tempat kejadian..

-AkuSukaDoMo-