Monday, August 8, 2011

Apa itu DoMo?

Assalamualaikum wbt..



Apakah itu DoMo..?? Kenapa aku suka DoMo..?? OK, satu persatu aku ceritakan, ya..

1- Apakah itu DoMo?

DoMo ini adalah makhluk aneh yang berasal dari sebiji telur misteri (so, DoMo ni kategori haiwan laa kan..). Makanan kegemaran DoMo ialah stew daging ala Jepun dan DoMo sangat tidak gemar buah epal (hal ini masih menjadi misteri kenapa DoMo bencikan epal).

DoMo hanya bertutur satu patah perkataan sahaja, iaitu "DoMo", akan tetapi rakan-rakan beliau tidak mempunyai masalah dalam memahami DoMo. DoMo mempunyai ramai rakan-rakan termasuklah seekor arnab, seekor rubah, kelawar, seekor beruang dan musang.

DoMo ini merupakan maskot bagi NHK Television, dan DoMo mempunyai slot rancangannya sendiri. DoMo juga telah menawan hati ramai melalui barangan seperti T-shirt, beg, plush toys, games, dsb. DoMo mempunyai negara atau kerajaan yang dinamakan DoMoNation.





2- Kenapa aku suka DoMo??

Ahahaha..hal ini mudah, bagiku DoMo ni comel dan cute (bukan samakah meaning??).. walaupun ada yang mengatakan DoMo ni nampak ganazzz (maybe sebab giginya) tapi bagiku DoMo tetap cute!!

Oh ya, aku juga sedang berusaha mengumpul koleksi DoMo dan niat murni itu disokong oleh family & friends..Antara koleksi aku ialah:
   a) Patung DoMo saiz besar
   b) Dompet DoMo berzip
   c) Keychain plush DoMo kecil -->2 unit
   d) Handphone strap DoMo besar







Antara barangan DoMo yang aku ingin jadikan koleksi pula adalah T-shirt DoMo, bekas tisu DoMo, keychain besi DoMo, beg DoMo, seatbelt DoMo dan banyak lagi...(tamaknya..). Sekarang barangan DoMo mudah didapati kan. Di Sabah ini, pergi ke shopping complex saja sana sini DoMo..

Panjang pula entri kali ini..OK, selamat ber-DoMo!

Aku-Suka-DoMo






No comments:

Post a Comment